Ujian.

Salam :)

Tadi keluar. Pergi makan. Oden baru lepas baca buku belajar sabar. Aku baruuu sangat petang tu baca pasal hadis ke 16 pasal jangan marah waktu hantar Izzati pergi beli makanan.

عَنْ أَبِي هُرَیْرَةَ رَضِىَ الله عَنْهُ : أَنَّ رَجُلاً قَالَ لِلنَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم : أَوْصِنِي. قَالَ: ((
لاَ تَغْضَبْ. فَرَدَّدَ مِرَارًا قَالَ: لاَ تَغْضَبْ )) رواه البخاري.

Daripada Abu Hurairah r.a.:
Bahawa seorang lelaki berkata kepada Nabi SAW: Berikan daku wasiat. Baginda bersabda: Janganlah engkau marah. Lelaki itu mengulangi soalan itu beberapa kali. Baginda tetap bersabda: Janganlah engkau marah. Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari.

Memang betol betol lepas baca terus kena praktik. Betapa hebatnya cara pengajaran Allah kepada aku. Terus malam tu kena ujian. Direct terus Dia uji. Mungkin kalau Dia uji lambat lambat nanti aku lupa. Hehe. Hamba Dia ni selalu pelupa.

Tadi ada terjadi accident sikit. Mungkin kalau ikutkan hati aku yang masih tak solehah ni, memang mengamuk sakan. In fact, the car is not mine. So, gelabah dia memang tak tahu nak cakap sebab amanah menda macam ni memang berat. Tapi Alhamdulillah dalam kepala otak ni duk asyik ingat hadis ni je. Senyuman aku cuba tampalkan. Oden dah gelabah, aku tak boleh gelabah sama. Jadi aku cuba tenangkan diri sambil cuba tenangkan keadaan.

Aku banyakkan diam. Sebab takut terkeluar perkataan yang aku sendiri akan regret. Tapi at last ada jugak satu dua perkataan yang mungkin mengguris hati-hati orang orang sekitar aku waktu tu. Maaf aku pinta. Seriously.

Alhamdulillah Allah bagi ujian macam ni. Baru lepas belajar mesti lah kena ada test kan. Huu. Banyak jugak yang aku dah belajar dari situasi ni.

Semoga dipermudahkan segala urusan kami oleh-Nya dan sentiasa di kekalkan di jalan ini.

InsyaAllah :)

pujuklah dirimu...


Bila kita rasa tertekan, kita mahu orang pujuk. Bila kita rasa nak menangis, kita kalau boleh mahukan crying shoulder.

Tetapi sama ada kita sedar atau tidak, tiada siapa yang bersama dengan kita dari kalangan manusia ini, sepanjang 24 jam penuh.


Saya bercakap dalam konteks manusia. Ya, kita boleh kata Allah ada. Itu satu kenyataan yang tidak punya penafian. Tetapi manusia fitrahnya perlukan manusia lain juga untuk menyokongnya. Jika tidak, Allah tidak akan mengajar kita berukhuwwah, Islam tidak akan mendidik kita untuk bersilaturrahim.

Walaupun mungkin kita mempunyai sahabat terbaik, tetap sahabat terbaik itu tidak dapat bersama kita 24 jam penuh.

Dari kalangan manusia, yang bersama kita 24 jam sehari, 7 hari seminggu, 4 minggu sebulan, 12 bulan setahun, dan bertahun-tahun dalam sepanjang kehidupan kita, hanyalah kita sahaja.

Maka belajarlah memujuk diri sendiri.

Selain Allah, yang paling memahami diri kita adalah kita sendiri sebenarnya.




Menyediakan dasar yang kuat
Bukan mudah hendak memujuk diri sendiri. Perlukan kekuatan dan tenaga yang besar. Hendak menggembleng fikiran dan rohani agar kekal tenang bukan satu perkara semudah 123.

Justeru untuk melatih kita agar berjaya memujuk diri dalam situasi yang menekan, perlu ada dasar yang sangat kuat, agar mampu menampung tekanan dan bebanan yang menimpa kita.

Apakah dasar itu?

Itulah dia keimanan.

Saya, secara jujurnya, tidak nampak apakah lagi dasar yang lebih utuh daripada dasar ini.

Hanya dengan keimanan sahaja, kita akan berjaya memujuk, merasionalkan, dan menenangkan diri.

“Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang (sungguh-sungguh) beriman.” Surah Ali-Imran ayat 139.


Menangis
Kadangkala, ‘pemujuk’ itu sudah wujud di dalam diri kita. Saya jumpa satu ‘pemujuk’ yang menyeronokkan.

Itulah dia satu makhluk bernama tangisan.

Ya. Menangis. Menangislah. Menangis puas-puas. Lepaskan segalanya.

Hakikatnya, menangis itu sendiri satu pujukan untuk diri. Kita lepaskan bebanan itu dalam bentuk air ibarat membuka empangan yang menahan air.

Tetapi jangan menangis seperti orang biasa. Kita orang beriman adalah manusia luar biasa. Menangislah sambil berfikir. Berfikir akan masalah yang sedang dihadapi, ujian yang sedang ditanggungi. Jika ada apa-apa masalah yang tersimpan di dalam hati, keluarkan semuanya di dalam tangisan yang sedang mengalir.

Biar kita menangis untuk melapangkan jiwa. Bukan tangis kita tangis yang menambah kelemahan. Di samping air mata yang mengalir itu, ambil peluang ini untuk rasa kerdil di hadapan Allah SWT. Rasakan air mata yang tumpah itu, adalah satu bentuk kerendahan kita betapa kita ini manusia dan tak mampu nak tangani ujian ini. Air mata, itu adalah bukti kelemahan kita di hadapan Allah.

Moga-moga dengan terhapusnya ego kita, Allah mendamaikan jiwa, melapangkan hati, dan memberikan kita ketenangan dan jalan keluar kepada masalah kita.

“…kerana sesungguhnya orang-orang yang diberi ilmu sebelum itu apabila dibacakan Al-Quran kepada mereka, mereka segera tunduk sujud (dalam keadaan hiba dan khusyuk); Serta mereka menegaskan (dalam sujudnya): Maha Suci Tuhan kami! Sesungguhnya janji Tuhan kami tetap terlaksana. Dan mereka segera tunduk sujud itu sambil menangis, sedang Al-Quran menambahkan mereka khusyuk.” Surah Al-Israa’ ayat 107-109.

Nanti apabila air mata kita telah berhenti, kita akan rasa satu kelapangan yang besar.

InsyaAllah, ketika itu kita sudah sedikit tenang dan mula kembali menyusun strategi untuk menyelesaikan masalah kita.


Muhasabah
Satu lagi cara memujuk hati adalah dengan muhasabah.

Ya. Dengan kita memandang semula apa yang telah kita lakukan sehingga Allah menguji kita sebegini rupa. Kita lihat kembali apakah yang telah kita lakukan.

“Oh, aku masih tak tinggal dosa yang ni. Patutlah Allah tak bagi aku yang ini”

“Oh, aku silap di sini. Patutlah”

“La, memang salah aku rupanya”

“Hem… benda ni bolah selesaikan macam ni je rupanya. Apa fasal la tak nampak tadi”

Dan begitulah.

Dengan muhasabah, hati akan rasa tenang. Kita akan melihat kembali di mana kesalahan kita. Kita akan dapat menyusun pula rancangan kita yang seterusnya.

Dan orang yang hebat, adalah apabila dia jatuh, dia cepat-cepat naik semula.

Bagaimana dia cepat-cepat naik semula?

Dengan dia mengambil pengajaran atas kejatuhannya = muhasabah.


Penutup: Hadapi masalah. Jangan lari
Justeru pujuklah diri. Kuatkan hati, teguhkan jiwa, tenangkan kalbu.

Jangan lari dari masalah. Hadapinya. Langkahinya. Lari tidak menyelesaikan apa-apa.

Dan kemungkinan besar selepas kita bersemuka dengan ujian itu, penyelesaiannya adalah apa yang selama ini kita hajat-hajatkan. Mungkin selepas kita tabah menghadapinya, kita akan bertemu dengan sesuatu yang kita harapkan.

Siapa tahu.

Tetapi yang saya tahu, Allah tidak akan menciptakan sesuatu itu dengan sia-sia.

Termasuklah ujian.

Mesti ada sesuatu yang Allah hendak berikan, Allah hendak ajarkan, Allah hendak beritahu kepada kita dengan hadirnya ujian itu.

Tinggal kita sahaja tidak memerhatikan.

Maka hadapilah ujian.

Pujuklah diri.

Tenanglah jiwa, damailah hati!
-langitilahi.com-

p/s pnjam dr blog k.tiqah auckland..pinjam yer kak ^_^

kisah Abu Hurairah dan kebanyakan manusia zaman kini...

Siapa kenal Abu Hurairah? Eh, mestilah kenal kan..Sebb kan pernah belajar masa sekolah dulu dalam buku text.


Dikesempatan ni ana mahu berkongsi kisah ketika kita ada sitting di blok A. Kebetulan sewaktu ana sampai di depan pintu bilik rehat, ternampak seekor ibu kucing yg sedang mengiow-ngiow mahu memasuki bilik rehat. Kata Izzati,


Izzati : "Kucing ni nk cari ank die dekat dalam ni ni".
Ana : Owh..yeke..mane ank dye? Xnmpak pun??
Izzati : Org kate dekat surau. Kesian tgk dye ni. Puting dye pun dah bengkak2 sebb x dapt susukn anak dye..
Ana : Kesiannye kucing ni..Xpe, pasni kite rempit eh bwak kucing ni g surau.. Rindu punye pasal ni.
Zati : Okeyh2. Da 3-4 hari dye meroyan macam ni..
Ana : Yeke..lame dah..(terfikir kenapa tiada siapa ambil peduli?)


Teringat kisah Abu Hurairah....






Rasullullah menggelarkannya sebagai Abu Hurairah iaitu - Bapa Kucing. Nama sebenarnya dizaman jahiliyah adalah Abd Al-Shams [ hamba matahari]. Kemudian bertukar nama kepada Abdurrahman setelah memeluk Islam. Abu Hurairah ra memeluk Islam di Yemen ketika peristiwa penaklukan Khaibar. Seterusnya berhijrah ke Madinah dan sentiasa berdampingan dengan Rasulullah saw. Keistimewaan Abu Hurairah ra adalah beliau memiliki ingatan yang kuat berkat doa daripada Baginda saw. Diberitakan bahawa Abu Hurairah ra telah digelar juga sebagai Kapal Ilmu oleh Rasulullah saw lantaran ketinggian ilmunya. Abu Hurairah ra gemar bermain dengan kanak-kanak dan membuat mereka tertawa gembira. Kehebatan dan ketinggian ilmunya tidak membuatkan beliau berasa segan untuk tumpang sekaki bermain permainan kanak-kanak. Abu Hurairah ra tidak mengejar harta dan pangkat. Disaat hidupnya Rasulullah saw, Abu Hurairah ra hanya bekerja sekadar cukup bagi mengalas perutnya. Sepenuh masa dicurahkan bagi mengutip permata ilmu daripada Rasulullah saw dan bagi beribadat kepada Allah swt.


Di saat pemerintahan Abu Bakar ra dan Umar ra. Abu Hurairah ra telah dilantik menjadi Gabenor dan mengimami solat kaum muslimin. Keikhlasan yang terbit daripada faham, faham yang terbit daripada ilmu membuatkan Abu Hurairah ra berjaya mencapai martabat yang tinggi sejak di dunia mahupun di akhirat, insyaAllah..


Ilmu sangat penting bagi membolehkan kita faham akan intipati dan sebab wujudnya sebuah perjuangan. Tanpa ilmu yang sahih maka tidak wujudlah hujah dan dalil yang kukuh yang mana ia penting bagi mengelakkan kita tersesat lantaran kurang faham.


Antara ibrah lain yang dapat dipetik daripada kisah hidup Abu Hurairah ra adalah betapa pentingnya untuk seorang hamba Allah swt itu mempunyai sifat rasa kasih dan sayang kepada haiwan dan juga kanak-kanak. Manusia yang hatinya penuh dengan rasa kasih sayang akan disayangi oleh Allah swt dan RasulNya.


Haa.. bile dilihat kembali kisah Abu Hurairah ni boleh dilihat bagaimana jauhnya dgn kehidupn umat manusia zaman kini. Kucing2 disepak-sepak. Bayi tak berdosa di buang sampai dimakn dek anjing. Sedangkan kucing yg di blok A tu pun akhirnya meroyan-royan mencari anak2 kesayangan.


Ya Allah...dunia sudah terbalik menandakan kiamat sudah hampir.... Marilah para sahabat2 sama2 kita menjadi kuat utk terus berada dalm jalan ini insyaALLAH~


Akhir cerita bagi kucing di Blok A tu, akhirnya, ana dan Izzati tidak berjaya mencari anak2 kucing itu di surau.. kemungkinan ada yg telah memnidahkn mereka. Kasihan pada si ibu kucing yg merindui anak2 nya..


Semoga Allah melindungi setiap hamba-hambanya...

Kita... ada ibu..ibu kita... SATU...

Alhamdulillah... akhirnya saya berjaya juga berkongsi sesuatu di sini setelah sekian lama cube menembusi laman ini..hehe..

Memandangkan EXAM yg bakal menjelma x lama lagi..hati ini sering teringat akan bayangan di rumah dan suara-suara yg sgt dirindui.. Bukan mahu menyeksa batin para pembaca yg sedang berada berjauhan di perantauan, tetapi sekadar mahu memancing perhatian antumna sekalian.. Mungkin ada yg pernah membaca post ini dimana-mana blog. Tetapi saya masih juga mahu berkongsi luahan ini kerana saya amat tersentuh ketika membacanya. Kepada yg telah kehilangan org tersayang, jgn sedih. Jangan bimbang. Kerana doa anda lah yg sentiasa di nntikan mereka di sana.... Selamat Beramal!!!


Orang kata aku lahir dari perut mak...  
(bukan org kata...memang betul)
         

Bila dahaga, yang susukan aku....
 mak                
   
Bila lapar, yang suapkan aku....
 mak                              
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ..
 mak                    
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut....
 Mak  
   
                     
Bila bangun tidur, aku cari.... mak                              
Bila nangis, orang pertama yang datang ....
 mak                        
Bila nak bermanja, aku dekati.......
 mak                            
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah....
 mak         
 
                 
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya.... mak                        
Bila nakal, yang memarahi aku....
 mak                            
Bila merajuk, yang memujukku cuma......
 mak                          
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah....
 mak           
       
Bila takut, yang tenangkan aku....
 mak           
                 
Bila nak peluk, yang aku suka peluk....
 mak                          
Aku selalu teringatkan .....
 mak                                
Bila sedih, aku mesti talipon....
 mak                            
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu.....
 mak     
                 
Bila bengang.. aku suka luah pada..
 mak                            
Bila takut, aku selalu panggil... 
"mmaaakkkk! "   
              
       
Bila sakit, orang paling risau adalah....
 mak                        
Bila nak exam, orang paling sibuk juga....
 mak                        
Bila buat hal, yang marah aku dulu....
 mak                          
Bila ada masalah, yang paling risau.... 
mak    
                     
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. 
mak                      
Yang selalu masak makanan kegemaranku....
 mak     
                     
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk.....
 mak            
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku....
 mak                     

Yang selalu berleter kat aku... mak                              
Yang selalu puji aku....
 mak     
                             
Yang selalu nasihat aku......
 mak                                
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk.....
 mak     
 
            
 

Aku ada pasangan hidup sendiri....        
                      

Bila seronok, aku cari....pasanganku   
                         
Bila sedih, aku cari.....
 mak
  
                             
Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku                        
Bila gagal, aku ceritakan pada....
 mak    
  
                      

Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku                          
Bila berduka, aku peluk erat....
 emakku   
                       

Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku                          
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah....
 mak   
                   
Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku 
                 
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan “Selamat Hari Ibu”
           

Selalu... aku ingat pasanganku  
Selalu.. mak ingat kat aku

                             
Bila-bila.... aku akan talipon pasanganku
Entah bila... aku nak talipon 
mak 
                         
Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku                        
Entah bila.... aku nak belikan hadiah untuk 
emak      
             
Renungkan:   
"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk mak?      
mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".
              
Berderai air mata jika kita mendengarnya..........  
  
                

Tapi kalau mak sudah tiada.....
 .....  
MAKKKKK...RINDU MAK..... RINDU SANGAT....
         



Berapa ramai yang sanggup
   menyuapkan ibunya......  
berapa ramai yang sanggup
   mencuci muntah ibunya......  
berapa ramai yang sanggup
   mengantikan lampin ibunya.....  
berapa ramai yang sanggup
   membersihkan najis ibunya.......  
berapa ramai yang sanggup
   membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya.....    
berapa ramai yang sanggup  berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....  
dan akhir sekali  berapa ramai yang   sembahyang JENAZAH ibunya.......  
Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.Kos upah membantu ibu:  
1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4..00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00
  
Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.  
 
1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA


Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,
  
"Saya Sayangkan Ibu".   Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya.

Jauh atau dekat?

Salam. Kali ini tergerak hati untuk meletak sesuatu di blog ini setelah sekian lama ia wujud :) Bukan apa cuma bila kita mahu menulis sesuatu yang berilmiah kita juga perlu membaca. Tak bolehlah nak cakap ikut suka saja kan.

Kali ini nak berkongsi dengan semua tentang satu kisah. Kisah ini telah membuatkan saya berfikir berapa kali saya telah menjejakkan kaki ke surau. Iyalah kalau nak diikutkan hostel saya agak jauh dari surau dan kadang-kala saya gunakan itu sebagai satu alasan. Tetapi setelah membaca kisah di bawah ini, memberi saya kesedaran:)

Jabir (May Allah be pleased with him) reported: The tribe Banu Salimah wanted to move nearer to the mosque. On learning this Messenger of Allah (PBUH) said to them, "I heard that you intend to move nearer to the mosque". They said, "That is so, O Messenger of Allah, we do want to do that". He said, "O Banu Salimah, keep to your homes, your steps (to the mosque) are recorded".
[Muslim].

Another narration says: "There is for every step (towards the mosque) a degree (of reward) for you".
[Muslim].

Commentary:
1. The more labour a good deed involves, the greater the proportion of reward for it will be.

2. No matter how great the distance of the mosque from one's house may be, one must go to it to perform Salat with congregation.

Ubayy bin Ka`b (May Allah be pleased with him) reported: There was a man, and I do not know of any other man whose house was farther than his from the mosque, and he never missed Salat (in congregation). It was said to him (or I said to him): "If you buy a donkey you could ride it in the dark nights and in the burning sand.'' He said: "I do not like my house to be by the side of the mosque, for I (eagerly) desire that my steps towards the mosque and back from it should be recorded when I return to my family.'' Upon this Messenger of Allah (PBUH) said, "Allah has granted you all the rewards for you".
[Muslim].

Another narration says: "You will get the reward for what you have anticipated".

Commentary: This Hadith brings into focus the fervent zeal of the Companions of the Prophet (PBUH) for reward of good deeds in the Hereafter. It also tells that one gets reward for actions according to one's intentions. If we see the matter of Salat from this angle, we find that location of mosque at a long distance from a Muslim's house is a blessing for him.

Jadi, apa yang antunna semua dapat dari cerita atau hadis diatas tu? Apa? nak pindah blok yang jauh so jalan ke surau jauh sikit?Haha! Terpulanglah. :)

Minah Tudung??

Assalamualaikum,
iman sihat? menaik? berlawan-lawan? menurun? xambil tahu? Haa..yg xambil tahu tu bahaya..Bahaya... lg bahaya dari kanser. Pergi cepat2, dapatkan kemoterapi rawat penyakit hati anda sebelum anda...sebelum anda.. senang cakap terkorban pergi menghadap Ilahi dlm bahasa sopannya. =)

Jika sesiapa yg melawat blog ini terperasankan chat box disebelah, disitu ada satu pertanyaan yg ditanyakan oleh seorang hamba Allah (beliau sendiri yg mahu dikenali sbg hamba allah) berkenaan masalahnya dengan seorang sahabat yg bertudung labuh, biarlah saya gelarkan sbg Ani (bkn nama sebenar juga bukan Anita Sarawak). Menurutnya si ani ini seorang yg "alim & berhujah menggunakan ayat al-quran dgn megah sekali". Namun malang tidak berbau kerana "pada msa yg sama, perlakuannya tidak melambangkan ciri2 muslimah sejati" apabila "sering melunak-lunakkan suara nya bila berkomunikasi dgn org lelaki yg bukan muhrim"

hm... selalu juga saya dgr masalah yg lebih kurang mcm ni. Jangan terkejut, yg lebih teruk pn ada kan?

Serba salah nak menjawab, saya juga seorang muslimah. Saya juga bertudung. Dan seringnya saya juga melakukan khilaf. Tapi dlm melalui proses tarbiyah ini, tudung yg saya pakai sedikit demi sedikit membawa makna yg lain. Makna yg lebih mendalam dan lebih dekat dgn hati. Hijab yg kita kenakan ini, secara automatik menunjukkan kita menjunjung hukum Allah dengan megah. Iya, kerana kita bukan sekadar menghijab kepala, kita juga menghijab HATI seiringnya. Kita mengikut perintah Allah sebaiknya utk terhindar cemar pandangan lelaki yg tidak elok. Bukanlah maksud saya menjunjung hukum Allah itu menjadikan kita 'megah'lalu berasa sempurna, lalu berlunak-lunak suara dihadapan lelaki supaya mereka mengatakan "ah dia, memang gadis idaman. sudahlah solehah, lemah lembut pulak... aiseyman.. cairnya hati lelakiku ini...".
Megah saya insyaallah maksudnya kita tidak lagi ragu2 mengenakan pakaian yg menutup aurat tanpa merasa rindu kepada pakaian2 'fesyen semasa'. Megah kerana ketegasan kita seorang serikandi islam. Megah kerana kita tahu perhiasan terlindung kita hanya layak kepada si dia yang dilayakkan Allah SWT. Megah kerana tiada mata nafsu yg memandang, maka tiada pun yg tahu kemegahan kita ini.

Bukanlah juga saya disini MENYOKONG bahawa si Ani SENGAJA melunakkan suara, berperilaku menarik perhatian bukan muhrim. Semestinya saya tidak kenal dgn hamba Allah beridentiti rahsia apatah lagi mengetahui siapa si Ani tersebut. Hanya Allah shj yg tahu. Tp mungkin hamba Allah ini sebagai sahabat terperasankan tingkah laku sahabatnya si Ani ini lalu dia pn berniat utk menegur. Saudari/saudara stroberi janganlah prasangka dengan niat si hamba Allah ini. Pertama kali saya berjumpa dgn stroberi yg agak brutal bahasanya. Rilek ah bro... he3...

Dan si hamba Allah juga, hanya Allah shj yg tahu perasaan dan niat saudari/saudara terhadap sahabat anda si Ani. Boleh jadi betul, boleh jd suaranya mmg lunak lemah gemalai gitu... =)
saya harapkan ikhlaslah niat hamba Allah kerana Allah, insyaallah.
Nasihat saya, tegurlah secara terus dan dengan suara yg lebih lunak dari suaranya (jika anda perempuan).Contoh; " Comel suara Ani...tp kan, xselesalah dgr Ani ckp lembut2 dgn si Ali tu sbb lelaki ni kan ... (huraian sendiri)... Mybe Ani xsengaja tp elok Ani ckp biasa2 saja, seeloknya xpyah pndang muka atau cakap je belakang tabir. Ni utk jaga hati Ali dari nafsu, & utk jaga hati Ani sendiri jugak...*buat senyum keibuan sikit ;)*. Insyaallah saya tegur ni kerana Allah..."

Kalau hamba Allah ini lelaki pula, eloklah sekadar smpaikan kepada teman perempuan supaya disampaikan pd Ani, ok?

Buatlah ikut kesesuaian, buatlah kerana Lillahitaa'la.

Kepada yg lain, jangan lah ada persepsi buruk pada syariat, bila perempuan bertudung labuh perangainya di mata anda tidaklah begitu 'labuh'. Sebabnya, baik atau buruk pun perangai seseorang hamba itu, dia tidak terlepas dengan kewajipannya menutup aurat. AMAT TIDAK WAJAR jika kita mengatakan "si polanah ini walaupun bertudung tetapi masih buat benda2 mungkar...". Berbuat kemungkaran adalah SATU DOSA, manakala menutup aurat atau tidak menutup aurat adalah SATU DOSA YANG LAIN. janganlah lg kita menghukum 'tudung' dengan perangai si pemakainya, dan sebaliknya. Fahamilah syariat Allah dari surah al ahzab ayat 59 ini. Kita yg bernama muslim/muslimah, fahamilah. Kita yg bertudung terutamanya, FAHAMILAH.

YANG BERHIJAB TAK SEMESTINYA BERIMAN DAN FAHAM
YANG BERIMAN DAN FAHAM SEMESTINYA BERHIJAB =)
(saya juga sedang membaiki diri sendiri)
Insyaallah....

cari kerja bukan cari alasan

kisah pagi isnin slps assembly rini x la menaikkan amarah ana membuak-buak sbb ana pun kdg2 2 kali 5.jd pengajaran utk ana,bila sesuatu yg bkn kehendak ana terjadi,cuba tny iman dan amal ana sendiri.tp ana rasa ana belajar something dr perkara yg remeh temeh tu.tiba2 terlintas di hati ana tatkala tu satu perkara penting yg diperoleh semasa mukhayam ritu.

tp ana xtau lah hati masing2 berbekas atau tidak perkara ni.
situasi : masa kita kena kumpul.
what happen: ada akhawat yg lambat dan ada akhawat yg jalan dulu.
consequence: akhawat lambat kena la sound tp akhawat yg jalan dan berbaris dulu
kena double-triple sound
ibrah : ????

ini ibrah yg ana dapat dr peristiwa tu.
asal kita pi sana? sbb Allah swt buka pintu hati kita dan sudi memilih kita.yakin x tu??
kesimpulannya: kita pi la dlm rasa ringan atau berat,jihad dengan harta(tambang bas) dan hati kita di jalan Allah.
-ni baru mukadimah-

bila Allah dah pilih, Allah kumpulkan kita dgn sahabiah2 yg dikenali plus akhawat2 yg kita xkenal rapat pun.jd apa fungsinya mukhayam tu?mesti ramai yg boleh jwb dan itu mmg jawapan yg plg tepat pun, kat situlah kita nak bina UKHWAH.

jadi,bila kita dah dlm berada dlm rantaian ukhwah Allah SWT ni,lg la kita kena phm ttg tugas kita sbg daie,Insya Allah.bila ada ukhwah ni,kita dah xboleh rasa pentingkan diri(ingatkan diri ana sendiri).kita takut kena sound kalau kita lambat berkumpul tp kita lupa sbg daie,kita kena sampaikan ketakutan kita tu kat org lain sama.phm x??kalau kita link kan dgn jln dakwah kita ni,bila kita mentaddabur Al-Quran,bukan ka byk peringatan/amaran/khabar gembira yg Allah lafazkan.masa tu,kalau kita di position naqibah atau pun x,kita kena bgtau kan usrahmates kita ttg amaran2 Allah tu.kalau x,usrahmates kita xkan tau dan mungkin buat apa2 yg xdiseru Allah.
jd,bila siang atau mlm tu,pandang2 lah kiri kanan dan ingat-mengingatilah. jgn pulak kita beralasan xperasan sdg kan kita xbuat kerja mencari dan menyampaikan pun..

reflect diri-kalau kita nak ajak pi tgk wayang ka,shopping ka,makan ka,anything yg melaghakan sampai kita lewatkan waktu solat, senang n cepat ja msg tu sampai kan..
renung2kan la ezati n teman2ku.



ana ingatkan diri ana gak,mungkin ana xberusaha keras mencari mad'uu dan sekadar mengharapkan mad'uu itu berada di depan mata, baru ana nak mula kerja. masya Allah.

Ya Allah,ajarkan lah cara ak berdakwah.Ya Allah,ajarkan lah cara ak berdakwah.Ya Allah,ajarkan lah cara ak berdakwah.

Wasalam.

Alhamdulillah :)

Assalammualaikum :)

Perasaan tika ini, Alhamdulillah semua nya berjalan lancar.
Alhamdulillah sekali lagi kerana Kekasih masih tidak putus memberi peluang untuk saya terus berada di jalan ini.
Alhamdulillah sekali lagi dan lagi kerana Kekasih masih terus menerus memberi saya peluang untuk terus menerima belaian kasih-Nya.
Alhamdulillah sekali lagi dan lagi dan lagi kepada Kekasih.

Saya tak pandai mengukir kata, beribu kali Alhamdulillah di ucapkan belum tentu cukup.

Alhamdulillah :)

ceritera aku, diriku dan kau...

kala ini, hujan sedang mencurah-curah jatuh ke bumi. subhanallah. alam sekeliling kelihatan muram dan mendung, sprti dapat menduga hati aku yg sedang brgelojak ini. aku buka pintu, dan memandang ke luar. ak rasa jiwa ak agak kosong. mungkin agak lama juge aku trlalu leka dengan hal2 duniawi. usrah group pun sudah lebih 3 minggu tidak brjalan atas sbb2 trtentu. aku terus brmonolog sndiri.

'apa sebenarnya tujuan aku disini'?

kalau dalam waktu usrah, jwpn standard yg ak akan bagi ialah mnjadi khalifah utk memakmurkn bumi allah ini, dan nyatakn tugas kite sebagai khalifah iaitu.

1. beribadat kepada Allah
2. mnjadi daie.

klu dalam exam, mungkin dpt fullmark. atau ad satu point lagi yg trtinggal. tpi seriously, memg kebelakangan ini ak memg lalai dalam mnjalankn tugas yg diamanahkan ini. ak masih brada pada takuk yg lama. ak jadi alpa dengan keseronokan dunia yg sementara.

ada juga segelintir rakan-rakan yang seperti sudah semakin jauh. aku sedih, sedih kerana aku mungkin termasuk dalam golongan ini dan kalau boleh aku ingin membantu menghidupkan semula semangat yg smakin pudar dlm dirimu, wahai sahabat. tapi, tolong jangan hasut fikiranku yg mudah rapuh ini oleh knyataan-kenyataanmu yg cukup sinis dan tajam bak pisau belati. cukuplah kau seorang yang begitu.

"saya tak nak lah pergi, kalau jauh-jauh ni. Kenapa tak buat jaulah kat sini je? katanya kepadaku.

aku sekadar diam. Diamku bukanlah tanda ak bersetuju dengan kata-katamu. ak hanya ingin berfikir jwpn yg sesuai utk dirimu.

lantas ak bertanya, "kenapa tak nak pergi pula? saya ske pergi jauh-jauh camtu. seronok lah, dengan kawan-kawan semua, macam-macam pulak tu boleh dapat."

"kenapa tak buat kat johor je? biar kite yg arrange benda-benda ni sume" dia memintas.

aku mnjwb dgn penuh sabar. "lah. ni kenape pulak. Ingat senang ke na arrange bende2 ni sume? org len dah arrangekn pun da ckup bek. ni pasal duit ke?

"duit, tenage, mase. hmm, ntahlah". ak lihat dia seperti ingin memutar-belitkn fakta dan mencari alasan yg sesuai.

Haaaa....ini cerita sebulan yg lepas, tapi mukhayyam kali ini len pule ceritanye.

"saya xnak pergi, tapi xtahu kenapa. saya tiada alasan". dia memberitahuku dengan muka yang agak brkerut-kerut. mungkin kerana penat.

ak hanya diam. membiarkan dia menghabiskan ayatnya sambil membuka makanan yg baru dibeli.

aku mengalih topik seketika "group awak siapa yg pergi?"

selepas dia memberitahu ak nama-nama yg bakal pergi. dia memberitahuku yg die blum lgi mmbalas msg mad'u nya. aku hnya memujuk sedikit dan berdoa di dlm hati smoga dia akan pergi bersama-sama.

hari ini, aku dpt berita yg dia menyatakan persetujuan yg akan pergi bersama-sama. Aku gmbira mendengarnya. untuk diri sendiri pula, aku memg hendak pergi sangat-sangat kerana aku memang rindukan saat-saat dimana aku rasa dekat dgn Allah Maha Agung, berada disamping sahabat-sahabat yg baik- baik belaka (sjuk mate memndang) dan mnmbah ilmu di dada.

Aku harap kau ada pendirian yg teguh. Ini juge peringatan utk diri ak utk selalu mengotakan apa yg ak ckp wlupun kdng-kdng ak trpikir 'promises are made to be broken'. tapi bila aku trfikir sikap rasulullah s.a.w yg selalu mengotakan janjinya, aku jdi malu kepada diri sendiri. ak tidak mahu dlm list orang-yg-ckp-tak-serupa-bikin.

wassalam..........





'

Mes amis....

“dan Dia(Allah) yang mempersatukan hati mereka(orang yang beriman).Walaupun kamu menginfakkan semua(kekayaan) yang berada di bumi,nescaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka,tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka.Sungguh Dia Mahaperkasa,Mahabijaksana.”(surah Al-anfal, 8:63)


Ana sekarang sedang membaca ‘Khulafa Rashidin& Daulah Islamiah. Entah hantu apa yg masuk merasuk, boleh pulak ana konsisten baca buku yg tebal ni.

Walaupun baru separuh.

Cemburunya ana membaca kisah mereka, kisah insan2 hebat yg rasul gelar sahabat. Betapa inginnya ana mengundur ke 1400 tahun lalu dan hidup bernafas bersama payah, betapa susahnya untuk mengendong segumpal hati yg penuh iman. Persis para saidina...

Mereka2 inilah contoh terbaik selain Rasulullah.

Ana disini bukan ingin bercerita tentang kehebatan sahabat2 rasulullah, pasti ramai yg telah tahu, atau pernah tahu ana yakin.

Ana ingin kenangkan kisah sahabat2 ana.


Betapa pertanyaan khabar dan sapaan ringkas dari siapa2 yg anda panggil sahabat boleh saja membuatkan sakit bagai bertoleransi dengan badan.

Belum lagi diurutkan...

Belum lagi dibelikan makanan...

Belum lagi dibantu segala kerja dan tugasan...

Dipesan...

Dilawati, dipaksa ke klinik, dipastikan sakit berkurang, dipapah, dihantarkan...

Sakit ana sedikit sahaja. Mungkin kerana ana manja, & jarang Allah beri dugaan.




"Perumpamaan orang yang beriman dalam saling cinta, kasih dan belas kasihan seperti satu tubuh. Apabila kepala mengeluh (sakit) maka seluruh tubuh tidak boleh tidur dan demam." (Hadis riwayat Muslim)


Jadinya, bertepatan benar,

Penghayatan ana dlm kisah para sahabat

Dengan penghayatan ana dlm hikmah sakit yg tidak seberapa ini.

Alhamdulillah..

Jazakillah...


Seorang sahabat bertanya kepada Rasulullah s.a.w: "Siapakah yang menjadi sahabat yang paling baik bagi kami?" Jawab Rasulullah s.a.w: "Seorang yang apabila kamu memandangnya, kamu teringat akan Allah, apabila kamu dengari cakapnya, bertambah pengetahuan kamu tentang Islam, apabila kamu melihat kelakuannya kamu teringat kehidupan akhirat."

Inilah kita, insyaallah...


kehilangan

salam....apa khabar iman kita?
(sempena myahut seruan k.tykah untuk menggalakkan diri dengan nilai islami)

adakah kita menjadi semakin dewasa seiring dengan usia kita.....
baru2 ini,saya telah kehilangan sebahagian dari harta yang saya sayangi.pemergian nenek membuatkan saya tertanya-tanya,adakah saya bersedia menghadapi kematian saya sendiri....
saya mendoakan nenek saya sentiasa diterangi cahaya di kuburnya. sewaktu mencium dahinya, dapat saya rasakan peluh didahi yang mengenai bibir mulut saya.iA,mudah2 an husnul khatimah.
sedangkan ketiadaan 'kakak' sahaja sudah membuatkan saya rasa sangat bersendirian ketika di hostel.terutama di malam hari ketika selalu terjaga kerana mimpi2 buruk.
saya berasa kehilangan sekali lagi.

kehilangan demi kehilangan yang lain, membuatkan saya terfikir...
adakah saya bersedia tinggal keseorangan didalam tanah berbumbungkan langit.
gelap.sunyi.seorang diri.

hidup ini sementara, tetapi banyak disia-siakan kearah yang tidak membantu semasa perjalanan di Akhirat...
gerun memikirkan akhirnya tidak ada apa yang akan dibawa ke kubur kelak; melainkan sedekah jariah, doa anak yg soleh, dan juga ilmu yg dimanfaatkan oleh orang lain.

KEMATIAN akan menjemput kita bila2 masa sahaja. segala usrah, tarbiyyah, masa, tenaga, dakwah, ukhuwah bukan sia2. semuanya adalah bekalan kita diakhirat.kita sendiri. jika kita penat, merasa sia2, jemu, bosan, malas; tiada apa pun yang akan rugi,melainkan diri kita sendiri.
tanggungjawab kita sebagai khalifah dan hamba akan dipersoalkan di akhirat.
apakah yang akan kita jawab? apakah yang akan saya jawab? apakah yang akan kamu jawab?

tiada siapa yang mengetahui pengakhiran diri kita melainkan Allah.hanya Dia.
tidak mampu kita menyoal tentang takdir diri kita sendiri; mahu pun bersangka buruk dengan Allah tentang takdir.yang penting ialah apa yang kita usahakan.


p/s masih merasa kehilangan, tetapi bernasib baik dan beruntung mempunyai teman2. terharu ketika mereka bertanya,"kenape sdey ni?" di kelas tngah hari tadi =)