kisah Abu Hurairah dan kebanyakan manusia zaman kini...

Siapa kenal Abu Hurairah? Eh, mestilah kenal kan..Sebb kan pernah belajar masa sekolah dulu dalam buku text.


Dikesempatan ni ana mahu berkongsi kisah ketika kita ada sitting di blok A. Kebetulan sewaktu ana sampai di depan pintu bilik rehat, ternampak seekor ibu kucing yg sedang mengiow-ngiow mahu memasuki bilik rehat. Kata Izzati,


Izzati : "Kucing ni nk cari ank die dekat dalam ni ni".
Ana : Owh..yeke..mane ank dye? Xnmpak pun??
Izzati : Org kate dekat surau. Kesian tgk dye ni. Puting dye pun dah bengkak2 sebb x dapt susukn anak dye..
Ana : Kesiannye kucing ni..Xpe, pasni kite rempit eh bwak kucing ni g surau.. Rindu punye pasal ni.
Zati : Okeyh2. Da 3-4 hari dye meroyan macam ni..
Ana : Yeke..lame dah..(terfikir kenapa tiada siapa ambil peduli?)


Teringat kisah Abu Hurairah....






Rasullullah menggelarkannya sebagai Abu Hurairah iaitu - Bapa Kucing. Nama sebenarnya dizaman jahiliyah adalah Abd Al-Shams [ hamba matahari]. Kemudian bertukar nama kepada Abdurrahman setelah memeluk Islam. Abu Hurairah ra memeluk Islam di Yemen ketika peristiwa penaklukan Khaibar. Seterusnya berhijrah ke Madinah dan sentiasa berdampingan dengan Rasulullah saw. Keistimewaan Abu Hurairah ra adalah beliau memiliki ingatan yang kuat berkat doa daripada Baginda saw. Diberitakan bahawa Abu Hurairah ra telah digelar juga sebagai Kapal Ilmu oleh Rasulullah saw lantaran ketinggian ilmunya. Abu Hurairah ra gemar bermain dengan kanak-kanak dan membuat mereka tertawa gembira. Kehebatan dan ketinggian ilmunya tidak membuatkan beliau berasa segan untuk tumpang sekaki bermain permainan kanak-kanak. Abu Hurairah ra tidak mengejar harta dan pangkat. Disaat hidupnya Rasulullah saw, Abu Hurairah ra hanya bekerja sekadar cukup bagi mengalas perutnya. Sepenuh masa dicurahkan bagi mengutip permata ilmu daripada Rasulullah saw dan bagi beribadat kepada Allah swt.


Di saat pemerintahan Abu Bakar ra dan Umar ra. Abu Hurairah ra telah dilantik menjadi Gabenor dan mengimami solat kaum muslimin. Keikhlasan yang terbit daripada faham, faham yang terbit daripada ilmu membuatkan Abu Hurairah ra berjaya mencapai martabat yang tinggi sejak di dunia mahupun di akhirat, insyaAllah..


Ilmu sangat penting bagi membolehkan kita faham akan intipati dan sebab wujudnya sebuah perjuangan. Tanpa ilmu yang sahih maka tidak wujudlah hujah dan dalil yang kukuh yang mana ia penting bagi mengelakkan kita tersesat lantaran kurang faham.


Antara ibrah lain yang dapat dipetik daripada kisah hidup Abu Hurairah ra adalah betapa pentingnya untuk seorang hamba Allah swt itu mempunyai sifat rasa kasih dan sayang kepada haiwan dan juga kanak-kanak. Manusia yang hatinya penuh dengan rasa kasih sayang akan disayangi oleh Allah swt dan RasulNya.


Haa.. bile dilihat kembali kisah Abu Hurairah ni boleh dilihat bagaimana jauhnya dgn kehidupn umat manusia zaman kini. Kucing2 disepak-sepak. Bayi tak berdosa di buang sampai dimakn dek anjing. Sedangkan kucing yg di blok A tu pun akhirnya meroyan-royan mencari anak2 kesayangan.


Ya Allah...dunia sudah terbalik menandakan kiamat sudah hampir.... Marilah para sahabat2 sama2 kita menjadi kuat utk terus berada dalm jalan ini insyaALLAH~


Akhir cerita bagi kucing di Blok A tu, akhirnya, ana dan Izzati tidak berjaya mencari anak2 kucing itu di surau.. kemungkinan ada yg telah memnidahkn mereka. Kasihan pada si ibu kucing yg merindui anak2 nya..


Semoga Allah melindungi setiap hamba-hambanya...

0 comments:

Post a Comment