Salam :)
Tadi keluar. Pergi makan. Oden baru lepas baca buku belajar sabar. Aku baruuu sangat petang tu baca pasal hadis ke 16 pasal jangan marah waktu hantar Izzati pergi beli makanan.
عَنْ أَبِي هُرَیْرَةَ رَضِىَ الله عَنْهُ : أَنَّ رَجُلاً قَالَ لِلنَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم : أَوْصِنِي. قَالَ: ((
لاَ تَغْضَبْ. فَرَدَّدَ مِرَارًا قَالَ: لاَ تَغْضَبْ )) رواه البخاري.
Daripada Abu Hurairah r.a.:
Bahawa seorang lelaki berkata kepada Nabi SAW: Berikan daku wasiat. Baginda bersabda: Janganlah engkau marah. Lelaki itu mengulangi soalan itu beberapa kali. Baginda tetap bersabda: Janganlah engkau marah. Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari.
Memang betol betol lepas baca terus kena praktik. Betapa hebatnya cara pengajaran Allah kepada aku. Terus malam tu kena ujian. Direct terus Dia uji. Mungkin kalau Dia uji lambat lambat nanti aku lupa. Hehe. Hamba Dia ni selalu pelupa.
Tadi ada terjadi accident sikit. Mungkin kalau ikutkan hati aku yang masih tak solehah ni, memang mengamuk sakan. In fact, the car is not mine. So, gelabah dia memang tak tahu nak cakap sebab amanah menda macam ni memang berat. Tapi Alhamdulillah dalam kepala otak ni duk asyik ingat hadis ni je. Senyuman aku cuba tampalkan. Oden dah gelabah, aku tak boleh gelabah sama. Jadi aku cuba tenangkan diri sambil cuba tenangkan keadaan.
Aku banyakkan diam. Sebab takut terkeluar perkataan yang aku sendiri akan regret. Tapi at last ada jugak satu dua perkataan yang mungkin mengguris hati-hati orang orang sekitar aku waktu tu. Maaf aku pinta. Seriously.
Alhamdulillah Allah bagi ujian macam ni. Baru lepas belajar mesti lah kena ada test kan. Huu. Banyak jugak yang aku dah belajar dari situasi ni.
Semoga dipermudahkan segala urusan kami oleh-Nya dan sentiasa di kekalkan di jalan ini.
InsyaAllah :)