Assalamualaikum,
iman sihat? menaik? berlawan-lawan? menurun? xambil tahu? Haa..yg xambil tahu tu bahaya..Bahaya... lg bahaya dari kanser. Pergi cepat2, dapatkan kemoterapi rawat penyakit hati anda sebelum anda...sebelum anda.. senang cakap terkorban pergi menghadap Ilahi dlm bahasa sopannya. =)
Jika sesiapa yg melawat blog ini terperasankan chat box disebelah, disitu ada satu pertanyaan yg ditanyakan oleh seorang hamba Allah (beliau sendiri yg mahu dikenali sbg hamba allah) berkenaan masalahnya dengan seorang sahabat yg bertudung labuh, biarlah saya gelarkan sbg Ani (bkn nama sebenar juga bukan Anita Sarawak). Menurutnya si ani ini seorang yg "alim & berhujah menggunakan ayat al-quran dgn megah sekali". Namun malang tidak berbau kerana "pada msa yg sama, perlakuannya tidak melambangkan ciri2 muslimah sejati" apabila "sering melunak-lunakkan suara nya bila berkomunikasi dgn org lelaki yg bukan muhrim"
hm... selalu juga saya dgr masalah yg lebih kurang mcm ni. Jangan terkejut, yg lebih teruk pn ada kan?
Serba salah nak menjawab, saya juga seorang muslimah. Saya juga bertudung. Dan seringnya saya juga melakukan khilaf. Tapi dlm melalui proses tarbiyah ini, tudung yg saya pakai sedikit demi sedikit membawa makna yg lain. Makna yg lebih mendalam dan lebih dekat dgn hati. Hijab yg kita kenakan ini, secara automatik menunjukkan kita menjunjung hukum Allah dengan megah. Iya, kerana kita bukan sekadar menghijab kepala, kita juga menghijab HATI seiringnya. Kita mengikut perintah Allah sebaiknya utk terhindar cemar pandangan lelaki yg tidak elok. Bukanlah maksud saya menjunjung hukum Allah itu menjadikan kita 'megah'lalu berasa sempurna, lalu berlunak-lunak suara dihadapan lelaki supaya mereka mengatakan "ah dia, memang gadis idaman. sudahlah solehah, lemah lembut pulak... aiseyman.. cairnya hati lelakiku ini...".
Megah saya insyaallah maksudnya kita tidak lagi ragu2 mengenakan pakaian yg menutup aurat tanpa merasa rindu kepada pakaian2 'fesyen semasa'. Megah kerana ketegasan kita seorang serikandi islam. Megah kerana kita tahu perhiasan terlindung kita hanya layak kepada si dia yang dilayakkan Allah SWT. Megah kerana tiada mata nafsu yg memandang, maka tiada pun yg tahu kemegahan kita ini.
Bukanlah juga saya disini MENYOKONG bahawa si Ani SENGAJA melunakkan suara, berperilaku menarik perhatian bukan muhrim. Semestinya saya tidak kenal dgn hamba Allah beridentiti rahsia apatah lagi mengetahui siapa si Ani tersebut. Hanya Allah shj yg tahu. Tp mungkin hamba Allah ini sebagai sahabat terperasankan tingkah laku sahabatnya si Ani ini lalu dia pn berniat utk menegur. Saudari/saudara stroberi janganlah prasangka dengan niat si hamba Allah ini. Pertama kali saya berjumpa dgn stroberi yg agak brutal bahasanya. Rilek ah bro... he3...
Dan si hamba Allah juga, hanya Allah shj yg tahu perasaan dan niat saudari/saudara terhadap sahabat anda si Ani. Boleh jadi betul, boleh jd suaranya mmg lunak lemah gemalai gitu... =)
saya harapkan ikhlaslah niat hamba Allah kerana Allah, insyaallah.
Nasihat saya, tegurlah secara terus dan dengan suara yg lebih lunak dari suaranya (jika anda perempuan).Contoh; " Comel suara Ani...tp kan, xselesalah dgr Ani ckp lembut2 dgn si Ali tu sbb lelaki ni kan ... (huraian sendiri)... Mybe Ani xsengaja tp elok Ani ckp biasa2 saja, seeloknya xpyah pndang muka atau cakap je belakang tabir. Ni utk jaga hati Ali dari nafsu, & utk jaga hati Ani sendiri jugak...*buat senyum keibuan sikit ;)*. Insyaallah saya tegur ni kerana Allah..."
Kalau hamba Allah ini lelaki pula, eloklah sekadar smpaikan kepada teman perempuan supaya disampaikan pd Ani, ok?
Buatlah ikut kesesuaian, buatlah kerana Lillahitaa'la.
Kepada yg lain, jangan lah ada persepsi buruk pada syariat, bila perempuan bertudung labuh perangainya di mata anda tidaklah begitu 'labuh'. Sebabnya, baik atau buruk pun perangai seseorang hamba itu, dia tidak terlepas dengan kewajipannya menutup aurat. AMAT TIDAK WAJAR jika kita mengatakan "si polanah ini walaupun bertudung tetapi masih buat benda2 mungkar...". Berbuat kemungkaran adalah SATU DOSA, manakala menutup aurat atau tidak menutup aurat adalah SATU DOSA YANG LAIN. janganlah lg kita menghukum 'tudung' dengan perangai si pemakainya, dan sebaliknya. Fahamilah syariat Allah dari surah al ahzab ayat 59 ini. Kita yg bernama muslim/muslimah, fahamilah. Kita yg bertudung terutamanya, FAHAMILAH.
YANG BERHIJAB TAK SEMESTINYA BERIMAN DAN FAHAM
YANG BERIMAN DAN FAHAM SEMESTINYA BERHIJAB =)
(saya juga sedang membaiki diri sendiri)
Insyaallah....
Minda Bersedia
6 years ago
0 comments:
Post a Comment