salam....apa khabar iman kita?
(sempena myahut seruan k.tykah untuk menggalakkan diri dengan nilai islami)
adakah kita menjadi semakin dewasa seiring dengan usia kita.....
baru2 ini,saya telah kehilangan sebahagian dari harta yang saya sayangi.pemergian nenek membuatkan saya tertanya-tanya,adakah saya bersedia menghadapi kematian saya sendiri....
saya mendoakan nenek saya sentiasa diterangi cahaya di kuburnya. sewaktu mencium dahinya, dapat saya rasakan peluh didahi yang mengenai bibir mulut saya.iA,mudah2 an husnul khatimah.
sedangkan ketiadaan 'kakak' sahaja sudah membuatkan saya rasa sangat bersendirian ketika di hostel.terutama di malam hari ketika selalu terjaga kerana mimpi2 buruk.
saya berasa kehilangan sekali lagi.
kehilangan demi kehilangan yang lain, membuatkan saya terfikir...
adakah saya bersedia tinggal keseorangan didalam tanah berbumbungkan langit.
gelap.sunyi.seorang diri.
hidup ini sementara, tetapi banyak disia-siakan kearah yang tidak membantu semasa perjalanan di Akhirat...
gerun memikirkan akhirnya tidak ada apa yang akan dibawa ke kubur kelak; melainkan sedekah jariah, doa anak yg soleh, dan juga ilmu yg dimanfaatkan oleh orang lain.
KEMATIAN akan menjemput kita bila2 masa sahaja. segala usrah, tarbiyyah, masa, tenaga, dakwah, ukhuwah bukan sia2. semuanya adalah bekalan kita diakhirat.kita sendiri. jika kita penat, merasa sia2, jemu, bosan, malas; tiada apa pun yang akan rugi,melainkan diri kita sendiri.
tanggungjawab kita sebagai khalifah dan hamba akan dipersoalkan di akhirat.
apakah yang akan kita jawab? apakah yang akan saya jawab? apakah yang akan kamu jawab?
tiada siapa yang mengetahui pengakhiran diri kita melainkan Allah.hanya Dia.
tidak mampu kita menyoal tentang takdir diri kita sendiri; mahu pun bersangka buruk dengan Allah tentang takdir.yang penting ialah apa yang kita usahakan.
p/s masih merasa kehilangan, tetapi bernasib baik dan beruntung mempunyai teman2. terharu ketika mereka bertanya,"kenape sdey ni?" di kelas tngah hari tadi =)
Minda Bersedia
6 years ago
0 comments:
Post a Comment