Mes amis....

“dan Dia(Allah) yang mempersatukan hati mereka(orang yang beriman).Walaupun kamu menginfakkan semua(kekayaan) yang berada di bumi,nescaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka,tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka.Sungguh Dia Mahaperkasa,Mahabijaksana.”(surah Al-anfal, 8:63)


Ana sekarang sedang membaca ‘Khulafa Rashidin& Daulah Islamiah. Entah hantu apa yg masuk merasuk, boleh pulak ana konsisten baca buku yg tebal ni.

Walaupun baru separuh.

Cemburunya ana membaca kisah mereka, kisah insan2 hebat yg rasul gelar sahabat. Betapa inginnya ana mengundur ke 1400 tahun lalu dan hidup bernafas bersama payah, betapa susahnya untuk mengendong segumpal hati yg penuh iman. Persis para saidina...

Mereka2 inilah contoh terbaik selain Rasulullah.

Ana disini bukan ingin bercerita tentang kehebatan sahabat2 rasulullah, pasti ramai yg telah tahu, atau pernah tahu ana yakin.

Ana ingin kenangkan kisah sahabat2 ana.


Betapa pertanyaan khabar dan sapaan ringkas dari siapa2 yg anda panggil sahabat boleh saja membuatkan sakit bagai bertoleransi dengan badan.

Belum lagi diurutkan...

Belum lagi dibelikan makanan...

Belum lagi dibantu segala kerja dan tugasan...

Dipesan...

Dilawati, dipaksa ke klinik, dipastikan sakit berkurang, dipapah, dihantarkan...

Sakit ana sedikit sahaja. Mungkin kerana ana manja, & jarang Allah beri dugaan.




"Perumpamaan orang yang beriman dalam saling cinta, kasih dan belas kasihan seperti satu tubuh. Apabila kepala mengeluh (sakit) maka seluruh tubuh tidak boleh tidur dan demam." (Hadis riwayat Muslim)


Jadinya, bertepatan benar,

Penghayatan ana dlm kisah para sahabat

Dengan penghayatan ana dlm hikmah sakit yg tidak seberapa ini.

Alhamdulillah..

Jazakillah...


Seorang sahabat bertanya kepada Rasulullah s.a.w: "Siapakah yang menjadi sahabat yang paling baik bagi kami?" Jawab Rasulullah s.a.w: "Seorang yang apabila kamu memandangnya, kamu teringat akan Allah, apabila kamu dengari cakapnya, bertambah pengetahuan kamu tentang Islam, apabila kamu melihat kelakuannya kamu teringat kehidupan akhirat."

Inilah kita, insyaallah...


kehilangan

salam....apa khabar iman kita?
(sempena myahut seruan k.tykah untuk menggalakkan diri dengan nilai islami)

adakah kita menjadi semakin dewasa seiring dengan usia kita.....
baru2 ini,saya telah kehilangan sebahagian dari harta yang saya sayangi.pemergian nenek membuatkan saya tertanya-tanya,adakah saya bersedia menghadapi kematian saya sendiri....
saya mendoakan nenek saya sentiasa diterangi cahaya di kuburnya. sewaktu mencium dahinya, dapat saya rasakan peluh didahi yang mengenai bibir mulut saya.iA,mudah2 an husnul khatimah.
sedangkan ketiadaan 'kakak' sahaja sudah membuatkan saya rasa sangat bersendirian ketika di hostel.terutama di malam hari ketika selalu terjaga kerana mimpi2 buruk.
saya berasa kehilangan sekali lagi.

kehilangan demi kehilangan yang lain, membuatkan saya terfikir...
adakah saya bersedia tinggal keseorangan didalam tanah berbumbungkan langit.
gelap.sunyi.seorang diri.

hidup ini sementara, tetapi banyak disia-siakan kearah yang tidak membantu semasa perjalanan di Akhirat...
gerun memikirkan akhirnya tidak ada apa yang akan dibawa ke kubur kelak; melainkan sedekah jariah, doa anak yg soleh, dan juga ilmu yg dimanfaatkan oleh orang lain.

KEMATIAN akan menjemput kita bila2 masa sahaja. segala usrah, tarbiyyah, masa, tenaga, dakwah, ukhuwah bukan sia2. semuanya adalah bekalan kita diakhirat.kita sendiri. jika kita penat, merasa sia2, jemu, bosan, malas; tiada apa pun yang akan rugi,melainkan diri kita sendiri.
tanggungjawab kita sebagai khalifah dan hamba akan dipersoalkan di akhirat.
apakah yang akan kita jawab? apakah yang akan saya jawab? apakah yang akan kamu jawab?

tiada siapa yang mengetahui pengakhiran diri kita melainkan Allah.hanya Dia.
tidak mampu kita menyoal tentang takdir diri kita sendiri; mahu pun bersangka buruk dengan Allah tentang takdir.yang penting ialah apa yang kita usahakan.


p/s masih merasa kehilangan, tetapi bernasib baik dan beruntung mempunyai teman2. terharu ketika mereka bertanya,"kenape sdey ni?" di kelas tngah hari tadi =)