saya hairan.
disebalik dunia yang sangat melemaskan, disini tetap ada hamba Allah yang teguh diatas jalanNya
bila kecewa,tidak menangis...malah lebih berusaha
kerana sedar takdir itu bukan di genggamannya.
bila berjaya, mengucap syukur hanya pada Dia
tidak riak mahupun terlintas yang dirinya lebih baik dari orang lain.
hatinya penuh dengan matlamat; tapi hanya satu tujuan... redha Allah.
saya juga hairan.
disebalik ramai yang berlumba-lumba menghias diri merebut pandangan lelaki, disini tetap ada yang hanya pentingkan pandangan Allah.
menutup aurat sedaya mungkin, menunduk pandangan mengelak hati menjadi suram.
mengelakkan diri dari bergaul dengan lelaki, menumpahkan cinta sayang ukhuwah hanya untuk yang sepatutnya
tidak terdetik hatinya mengharap kasih yang tak diredhai, kerana sedar Allah lah segala.
hidup hanya untukNya, kerana tugas manusia didunia hanyalah dua: khalifah dan hamba.
saya semakin hairan.(sila ganti dgn sedih)
kenapa saya tidak seperti mereka, sedangkan saya memikul tanggungjawab yang sama
kenapa saya malu untuk menyampaikan, sedangkan itulah tugas sebenar saya
pesan dia kepada saya, "kita harus mendidik HATI kita menjadi HATI yang baik, kerana HATI itu adalah tempat jatuhnya pandangan Allah"
saya mahu jadi seperti dia!
saya mahu jadi seperti mereka!
pesanan buat diri dan insan2 yang kusayangi
-kalau orang tak malu nak wat maksiat, nape kita kena malu nak tegur
kalau orang tak malu nak jadi jahat, nape kita kena malu nak jadi baik
kalau orang tak malu kutuk kita bila kita nak berubah jadi baik, nape kita kena amek ati ngan diorang
kita (lebih kepada SAYA) kena malu dengan Allah sebab tak buat2 apa yang Dia suruh, tak tinggal2 lagi apa yang Dia larang.
kehairanan
first entry dri shifa :)
Assalamualaikum wbt.
In the name of Allah, the most gracious most merciful.
Ini warkah sulung dari ana bwat kalian, harapan nya biar kalian terus bicara dri hati ke hati mewarnai iman kita dan menhidupkan roh kita setiap detik yang hampir menemui pemiliknya :) amacam okay x intro? ala mest x dapat lawan saudari izzati saudari jo, percubaan sulung kate kan.
proceed! kalian, harapnya kita dapat berkongsi ilmu di dada sepanjang masa x kire di mane kita berada. yela kan, hati2 yang mencari jalan Allah jua lah yang akan kekal bersatu fid dunnia wal akhirah. insyaallah :) tambah2 cuti2 ini, banyak kekangan waktu dan aktiviti tp ketahuilah hati ana sudah mula rindu kan bicara kalian. lupa ana nak tnye, apa khabar iman kalian? ana harap lebih baik dri smalam :) insyaallah.
hari ini, ana nak kongsi sedikit tentang ikhlas. Ikhlas ini besar skop nye. Bercakap tentang ikhlas pernah kita terfikir sepanjang kita hidup sebagai seorg Islam, adakah kita benar2 ikhlas dalam beribadat kepada Allah? Pernahkan niat ikhlas kita itu tidak dinodai warna2 keduniaan laen, pernahkan niat ikhlas kite hanya kepada ya Rabb, tiada yang laen. pernah x kita berbuat amal kebaikan dan mmg kita ikhlas mengerjakannya? bukan kerana mahu diri dilihat baek, bukan mahu dipuji, bukan mahu dielak dari ditegur, tp kerana mencari redha Allah, semata-mata kerana Allah.ketahui lah sahabat2 ku, betapa susah ikhlas menghadirkan dirinya jika kita tidak mencarinya. Sehingga hari ini ana masih mencari2 keikhlasan sepenuhnya dalam hati setiap kali memenuhi hak hak kepada- Nya. Tujuan ana hanyalah ingin mengajak kalian muhasabah diri supaya sama kita mendapat keredhaannya.
Dikatakan hal ikhlas ini berat dan sgt sulit dimana kemurniaan ikhlas itu hendaklah suci dari segala kekotoran melaenkan hanyalah tujuan taqarrub (mendekatkan diri) kepada Allah.
Allah ade berfirman dalam surah al Bayyinah ayat 5 (rujuk tafsir kalian) yang bermaksud:
"padahal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembahAllah dengan mengikhlaskan ibadat kepadaNya, lagi teguh di atas tauhid; dan supaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat. Dan yang demikian itulah agama yang benar."
bukan bermaksud jika kita tidak dapat hadirkan ikhlas itu kita x perlu buat kewajipan yang dituntut tp ikhlas itu perlu dihadirkan dalam setiap kewajipan kita supaya kita mendapat keredhaanNya.
post akan dtg ana akan cerite lagi ttg ikhlas. sbnanya ana masih berusehe menghabiskan stu buku mengenai ikhlas ni, jd ana share dengan kalian. Kalian, ana tahu ana bukan lah role model yang baek untuk kalian tpi ketahui lah ana ingin berubah ke arah kebaikan dan ana senang kalian sentiasa menyokong di sisi. jagalah hati kita, jaga lah hati sahabat2 sekeliling kita supaya ukhwah kita sentiasa diberkati dan berkekalan. insyaallah.
betemu lgi di lain waktu. salam perjuangan dri ana :)