kehairanan

saya hairan.
disebalik dunia yang sangat melemaskan, disini tetap ada hamba Allah yang teguh diatas jalanNya
bila kecewa,tidak menangis...malah lebih berusaha
kerana sedar takdir itu bukan di genggamannya.
bila berjaya, mengucap syukur hanya pada Dia
tidak riak mahupun terlintas yang dirinya lebih baik dari orang lain.
hatinya penuh dengan matlamat; tapi hanya satu tujuan... redha Allah.

saya juga hairan.
disebalik ramai yang berlumba-lumba menghias diri merebut pandangan lelaki, disini tetap ada yang hanya pentingkan pandangan Allah.
menutup aurat sedaya mungkin, menunduk pandangan mengelak hati menjadi suram.
mengelakkan diri dari bergaul dengan lelaki, menumpahkan cinta sayang ukhuwah hanya untuk yang sepatutnya
tidak terdetik hatinya mengharap kasih yang tak diredhai, kerana sedar Allah lah segala.
hidup hanya untukNya, kerana tugas manusia didunia hanyalah dua: khalifah dan hamba.

saya semakin hairan.(sila ganti dgn sedih)
kenapa saya tidak seperti mereka, sedangkan saya memikul tanggungjawab yang sama
kenapa saya malu untuk menyampaikan, sedangkan itulah tugas sebenar saya

pesan dia kepada saya, "kita harus mendidik HATI kita menjadi HATI yang baik, kerana HATI itu adalah tempat jatuhnya pandangan Allah"
saya mahu jadi seperti dia!
saya mahu jadi seperti mereka!


pesanan buat diri dan insan2 yang kusayangi
-kalau orang tak malu nak wat maksiat, nape kita kena malu nak tegur
kalau orang tak malu nak jadi jahat, nape kita kena malu nak jadi baik
kalau orang tak malu kutuk kita bila kita nak berubah jadi baik, nape kita kena amek ati ngan diorang
kita (lebih kepada SAYA) kena malu dengan Allah sebab tak buat2 apa yang Dia suruh, tak tinggal2 lagi apa yang Dia larang.

3 comments:

Noor Arifa November 23, 2009 at 12:42 PM  

salam.

pesanan buat diri dan insan2 yang kusayangi
-kalau orang tak malu nak wat maksiat, nape kita kena malu nak tegur
kalau orang tak malu nak jadi jahat, nape kita kena malu nak jadi baik
kalau orang tak malu kutuk kita bila kita nak berubah jadi baik, nape kita kena amek ati ngan diorang.

rasa macam tepat terkena kat muka.
tsk.

blueberrycheesetart November 23, 2009 at 6:16 PM  

hu3,slagi kita terasa.....2 tandanya Allah sayang.
ak pun heran kenape aku xabes2 malu1000000x....
pdhl nk jadi baik....hmmmmm
spatutnya kita kene malu bila kita xwat pe yg Allah suh,sbb dunia ni kan Allah py,kite tumpang je sbb kita hamba

p/s frst time tulis entry,cm xreti je...ha3

Anonymous November 23, 2009 at 10:44 PM  

kdg2 hairan gak bila sesetengah manusia,dah phm ttg amar makruf nahi mungkar,ttg takdir,jodoh,ajal,rezeki.tp kdg2 mempersoalkan ttg apa yg Dia bagi.masyaAllah.

Post a Comment